Event Title
CERAMAH DAN MAJLIS PENUTUPAN SEMPENA MALAYSIAN DIETITIANS' DAY 2023
Date
05 Oct 2023 - 05 Oct 2023
Location
Auditorium, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Event Summary
Bersempena dengan sambutan Malaysian Dietitians' Day (MDD) 2023 yang bertemakan "Dietitians Combating Disease-Related Malnutrition In Older Adults With Medical Nutrition Therapy", Jabatan Dietetik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dengan kerjasama Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) akan mengadakan ceramah berkenaan penjagaan pemakanan dalam kalangan warga emas dan majlis penutupan seperti butiran berikut:
Tarikh: 5hb Oktober 2023
Masa: 8.30 pagi – 10.45 pagi
Tempat: Auditorium, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Selari dengan tema kempen tersebut, pihak Jabatan Dietetik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM juga telah mempergiatkan promosi berkaitan kesedaran malpemakanan dalam kalangan warga emas serta kepentingan intervensi pemakanan dalam menangani isu malpemakanan.
Oleh itu, dilampirkan bersama adalah poster hebahan program dan program kempen kesedaran kempen untuk rujukan warga UPM. Kami mengalu-alukan kehadiran seluruh warga UPM untuk memeriahkan lagi majlis kami dan sama-sama menambah informasi berkenaan pemakanan dan malnutrisi khususnya kepada warga emas.
Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh terus berhubung dengan Cik Nurul Iman (03-9769 9108/9106) atau melalui emel iman_mohd@upm.edu.my
Sekian, terima kasih.
Updated:: 02/10/2023 [amirahhani]