Event Title
PROGRAM TRAUMA: DEALING AND HEALING
Date
18 Sep 2023 - 18 Sep 2023
Location
Seminar Room, Level 1, HSAAS
Event Summary
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program Trauma: Dealing and Healing. Objektif program diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang trauma dan bagaimana untuk mengendali serta membantu merawat mereka yang menghadapi trauma. Selain itu, program ini juga diadakan bagi meningkatkan nilai tambah dan kemahiran Profesional Pengamal Kaunseling / Psikologi yang dapat diaplikasikan bagi membantu klien yang sedang mengikuti sesi kaunseling.
Berikut merupakan perincian program:
Tarikh: 18 September 2023 (Isnin)
Masa: 8:30 am - 4:30 pm
Lokasi: Bilik Seminar 1 & 2, HSAAS
Bahasa Pengantara: Dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
Penceramah: Dr. Siti Irma Fadhilah Ismail, Pensyarah dan Pakar Perunding Psikologi Klinikal HSAAS
Yuran Penyertaan: RM 150.00
🌹CARA BAYARAN : Secara talian melalui bank:
🌹HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH UPM
🌹No.Akaun : 14014010156683 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
🌹Catatan : KAUNSELING TRAUMA
*** Mohon nyatakan catatan pembayaran yang betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
*** Tempoh pendaftaran peserta dan pembayaran yuran penyertaan adalah bermula 28 Ogos 2023 sehingga 14 September 2023 (sebelum jam 2.00 petang).
Untuk makluman semua, program adalah terbuka kepada Pengamal Psikologi / Kaunseling, Pegawai ,Pakar Perubatan dan Orang Awam. Bagi yang berminat, mohon untuk mengisi pautan pendaftaran :https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSekt-J84Bf-Ulv5oDkfArNyCaBjaQzlfLv9kvY7SMBB0Xh3Nw/viewform?usp=pp_ur bersama butiran yang lengkap dan tepat.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi atau WhatsApp kami di talian 03-97699723.
Updated:: 18/09/2023 [amirahhani]